Catatan di kala hening
Terus terang aku tanya korang, mana nak dapat gula-gula strepsils yang korang tak boleh nak baca tulisannya? Kalau reti, call no telefon aku. Aku nak dengar bukti sahih pembacaan korang tu.
Hehe.. Actually, inilah salah satu bukti aku da gerak ke ibu kota Thailand, Bangkok.
(macam lah tak boleh seludup gula-gula ni masuk Malaysia kan =P)
Suke hati guwe lew..Hohoho.
Sempena cuti semester selama sebulan, fakulti aku mengadakan suatu program Global Outreach Program atau nama timangannya 'GOP' selama 6 hari di Thailand.
Kawan-kawan aku yang lain turut join program camni. Ada yang pergi India, ada yang pergi Hong Kong and ada juga yang pergi Beijing.
Agak cemburu la tengok kawan-kawan yang pergi negara empat musim ni.
Dorang boleh la dok pikirkan pasal baju sejuk la, seluar sejuk la, selipar sejuk apa yang nak kena bawa ke sana. Aku ni.. haiys. Tanya pasal baju hujan pun dah kena gelak time meeting. Mana boleh kalah wey dengan dorang. kurkurkur
Tapi takpe, berbalik pada cerita nak ke Thailand. Macam-macam modus operandi aku jalankan selama cuti semester, termasuklah beratur nauzubillah panjang kat Pekan Rabu semata-mata nak buat passport. Dulu kawan aku Ainun, ajak buat, tapi kerana tak yakin akan pergi, aku pun mengambil keputusan untuk tidak mahu buat. Hambek ko, berkampung aku kat sana.
Berbagai onak ranjau dan duri aku tempuhi demi sekeping passport termasuklah kena buat IC baru setelah aku beratur seharian di sana. Nasib baik akak kaunter tu suruh datang esok hari tak payah beratur, kalau tak... menari-nari aku kat Pekab Rabu tu.
Setelah beberapa siri episod malang tatkala menjalankan operasi-operasi tersebut, akhirnya, berjaya juga aku mengenggam segulung ijazah.. eh2. passport.
Sebelum berangkat ke Thailand, aku bersama dua orang kawan, seorang manusia, seorang lagi seekor kambing, pergi menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia. walawey. Gempak stail. Alhamdulillah, menang gak Harimau Malaya. Hope lepas ni, dorang naikkan lagi bola sepak negara. Senang hati aku nak pergi Thailand. Gaya aku cakap macam lah aku ni coach dorang. kurkurkur
Episod perjalanan ke Thailand, bersambung pada entri berikutnya. Challow.
Ulasan
*nose bleed*