Terlalu banyak lubang hitam.

Aku perhatikan perbalahan antara pihak-pihak Hackers terhadap pihak SKMM yang telah memblock ke certain website, aku rasa....
Sungguh keanak-kanakan.

Tadi aku nak surf CIMB aku which is aku rasa majorly ada perhubungan dalam pengurusan uwang pihak-pihak kerajaan. Aku hangin sebab tidak dapat mengakses web tersebut. Mungkin angkara aktiviti mengodam yang berleluasa sekarang ni mengakibatkan mereka tidak mahu mengaktifkan server mereka. Which is aku rase cam... Fuuuu gitu~
DENG! Nak topup je puunnnn...

Apa yang aku perhatikan,

1. SKMM block website download kesukaan engkau orang
2. Komplot-komplot hackers mengodam website kerajaan dengan sewenang-wenang nya menunjukkan ketidakpuas.

Terus-terang aku nak katakan. aku tak kisah pun. Tapi makin lama makin jelik la rasa di hati ni. Chewah.. Ops.
Bila diamati dalam sehari dua hari.. agak tak lena juga tidur malam ku memikirkan perkara ini. Ahaks. Tapi, terdapat juga pros and cons terhadap apa yang telah berlaku terhadap kedua-dua belah pihak.

PROS
1. Kerajaan patut memperincikan keselamatan website yang dibangunkan.
2. Satu langkah untuk melindungi hak cipta sesetengah pihak.
3. Anak-anak muda boleh mencuba mereka satu laman web mendownload baru dan tidak perlu bergantung pada website terdahulu. Much better dengan memohon kebenaran kepada pihak hak cipta dengan menjualkan produk tersebut dan juga mewujudkan proses langganan secara halalan toi yibba yang melibatkan kos.
4. Hackers Malaysia sudah melangkah ke platform yang baru which is korang boleh mereka pelbagai Internet Security sendiri tanpa perlu membeli produk dari luar negara seperti sekarang. Ini terbukti kerana mereka telah menguji tahap keselamatan website yang telah "berjaya" di hack tu.

CONS
1. Serious menyusahkan rakyat-rakyat yang perlu mengakses ke laman-laman rasmi tersebut kerana telah di hack. Contohnya, adik-adik korung yang umur 7 tahun nak tahu info tentang percutian yang best di Malaysia, sekali pergi je web tu, CURI-CURI DI MALAYSIA? Fuuuu... Apa kaitan cuti ngan curi? Penat mak-mak korang nak explain kat dia. Tak patut.. tak patut..

2. Sepatutnya, adakan dahulu alternatif kepada website yang hendak di block agar manusia tidak mudah terkejut dan emosi sehingga mengadakan gagasan mengodam secara besar-besaran.


Part no 2 tu aku rasa pihak SKMM patut adakan dulu bengkel berniaga dengan mengadakan langganan lagu berbayar atau download berbayar yang dikendalikan oleh golongan muda. Dari situ pihak hakcipta juga dapat beri kerjasama dan dapat menaikkan certain industri di Malaysia sendiri.

Dari situ juga kita dapat tahu bahawa website yang dibangunkan terlalu banyak lubang hitam. Atau dari bahasa Jawa nya 'too many Black Holes' which is NOT GOOD AND UNSECURED. Aku berasa terkilan sebab web tersebut tidak di manage dalam masa 24 hours. Bayangkan kalau engkau sedang melakukan transaksi di bank dengan mengeluarkan sejumlah duit di ATM. Transaksi yang pihak bank perlu lakukan adalah selama 10 seconds untuk duit korung keluar. Tiba-tiba je loading time melangkau ke 2 minit, pasti korung pun gelabah. Korang mesti tak paham kan perkaitan nya? Ok.. Ok..

Well, ia lebih kepada keperluan pengguna. Sepatutnya, mereka mengadakan satu alternatif untuk retrieve balik website tu dalam short period of time untuk menunjukkan keberkesanan maintainace web tersebut. Hopefully after they all retrieve and open up their server, they manage to take control of the website and increase the security. Tu harapan aku.

Terus terang, aku tak menyebelahi kedua belah pihak. Kalau lah antara mereka ini bersatu dan meningkatkan mutu diri masing-masing, aku jangka Malaysia sendiri dapat keuntungan. Rakyat juga merasa kesenangan.
We earn courage not from the biggest thing we get, but from the small step that we started
. Haa..
Tak gitu? Sebelum aku berfalsampah terlebih-lebih, aku pegi dapur dulu makan nasi untuk minum petang. Challow~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mengkompilasi SCSS file di dalam perisian Visual Studio 2019 Community (Compiling SCSS in Visual Studio 2019 Community)

Heningnya malam..

Web 101 : WebForm_DoPostBackWithOptions