Tazkirah #1 : Maal Hijrah

Bismillah...

Haloo...

Penulisan hari ini adalah bagi rujukan kepada hati Ibu yang selalu alpa dan mengejar dunia.
Semoga sentiasa mengingat Allah setiap masa dan mengharap redhaNya.

Ibu nak share sedikit dari sesi tazkirah bersempena Majlis Zikir Munajat & Solat Hajat di Masjid Ladang Ulu Tiram.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Esby Islami. Best Ustaz ini berceramah. Sampai di benak hati.

Seorang sahabat Nabi berbangsa Yahudi bernama Abdullah bin Salam menceritakan, setibanya Rasulullah di Madinah, tatkala belum lagi menuruni unta tunggangan, Rasullulah berpesan :

  1. Sebarkanlah salam - Afdal jika yang muda memberi salam kepada yang tua. Jika yang tua memberi salam, dengan niat untuk mengajar.
  2. Jaga hubungan silaturrahim - Hubungan silaturrahim adalah hubungan yang telah terjalin samada keluarga, saudara, rakan sekerja etc. Jika hubungan pada orang yang baru dikenali itu adalah ukhuwah. Dalam Islam, jika kita bersedekah dengan kerabat, kita memperoleh lebih banyak pahala berbanding bersedekah dengan orang yang bukan kerabat. (Ini bukan bermaksud tak boleh langsung bersedekah kepada orang luar ya anak2, cuma memberitahu ganjarannya)
  3. Memberi makanan
  4. Tunaikan solat malam
Seringkasnya yang Ibu ingat.
Semoga bermanfaat.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mengkompilasi SCSS file di dalam perisian Visual Studio 2019 Community (Compiling SCSS in Visual Studio 2019 Community)

Heningnya malam..

Web 101 : WebForm_DoPostBackWithOptions